erm,,
awakk,, sabarlah ,,, jge dri awak tau . jgn tertipu dgn kte2 mnis buaye kt luar tuh , kite syg awk ! bercinte lps kahwin lebih indahh larh XD smesme kte berjihad, awww~
“Kalian yang berjuang di jalan Allah, apakah kalian mau menjadi tukang picit orang-orang Rom? Mau menjadi budak orang-orang kafir? Di mana harga diri kalian sebagai pejuang yang ingin mendapatkan surga Allah? Dimana kehormatan kalian sebagai Muslimah? Lebih baik kita mati daripada menjadi budak orang-orang Rom!"
“Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyak takbir serta kuatkan hati. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat.
~kata2 semangat dari Khaulah Al-Azwar, serikandi jihad pada zaman Rasulullah ~
Gadis yang keliru: Di antara fesyen dan tuntutan agama, gadis itu sering tertipu. Disamping gadis keliru, teman-teman yang sudah tewas dengan tuntutan hawa nafsu.. Kepelbagaian jenis tudung buat gadis semakin buntu.. Tudung Wardina? Hana tajima? Ala-ala Yuna... Semuanya ada.. Diakhirnya, yang betul-betul menggengam erat tuntutan agama hanya segelintar sahaja..
Gadis yang keliru akan terus keliru... Semoga diselamatkan gadis keliru dari hawa nafsu dan tuntutan dunia yang selalu menipu.. Ameen.
peringatan utk diri sendiri juge , :'(
sweeeeeeeeeet ken ? sapelah pmilikk tulang rusuk kte XD
wanita tuh HEBADD tau ! dont play2 :p
HOHO ;*
Daripada Jabir bin Abdullah, "Ketika saya bersama Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki berwajah bersih, berambut rapi dan berpakaian serba putih; dia mengucap salam seraya bertanya, 'Ya Rasulullah, apakah ertinya dunia ini?'
Nabi menjawab, 'Dunia ini sebagai mimpi orang yang tidur'.
Tanya lelaki tersebut, 'Apakah erti akhirat itu?'
Rasulullah menjawab, 'Sekelompok manusia ada yang di syurga dan sekelompok yang lain di neraka Sa'ir.' "

Sebenarnya banyak ibadat yang boleh di amalkan oleh wanita semasa sedang haid. Hanya ada beberapa perkara yang haram dilakukan semasa haid seperti bersuci, solat, puasa, tawaf dan membaca Al-Quran (memegangnya).
Lagipun, skop ibadah di dalam Islam ini luas. Setiap amalan yang baik seperti bersedekah dan sebagainya itu akan dianggap sebagai amalan yang soleh dengan syarat niat .

fikir2kanlah,,
Lukisan ini menceritakan tentang seorang lelaki yang sanggup mengenepikan nafsunya kerana takut kepada Allah.
"Nafsu.....Kadangkala kita bangga kalau pasangan kita cantik dengan rambut dan auratnya yang terdedah...
Kadangkala kita bangga bila sudah ada pasangan couple yang biasanya terancam menjurus ke arah yang haram seperti bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram, sehinggalah kepada zina...
Kadangkala kita suka kalau pasangan kita tidak kisah disentuh, diajak kemana-mana dengan yang bukan mahram, atau pergi ke tempat-tempat yang haram dan sebagainya seolah-olah hidup seperti tidak mempunyai agama..."
Hamba yang takut kepada Allah sanggup mengenepikan dan menentang kesemua hawa nafsunya kerana Allah. Ya, memang bukan mudah untuk mengekang nafsu di zaman mutakhirin ini. Oleh sebab itu, Allah akan memberikan naungan arasy pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan daripada Allah iaitu di padang mahsyar lagi kerana kegigihan hambaNya mengekang nafsunya semasa di dunia kerana Allah... Kalau pada masa itu sudah dapat naungan daripada Allah, apatah lagi syurga?
7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:
1-Pemerintah yang adil
2-Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
3-Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
4-Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
5-Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
6-Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
7-Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Wallahualam...
Marilah sama-sama kita bertaqwalah kepada Allah...

ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]
Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.
Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian.
Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.
Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur: 31]
Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;
Bapa kandung
Bapa mertua
Bapa susuan
Anak kandung
Anak tiri (yakni anak suami)
Anak susuan
Saudara lelaki kandung
Saudara lelaki susuan
Anak saudara lelaki
Bapa saudara
Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.
Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?
Di mana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]
Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke Neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..
01.Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.
02.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di Akhirat nanti.
04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di Akhirat kelak.
Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke Neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke Neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.
Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, Syurga terbentang sedia, masih Neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.
Wallahu'alam.
wooow ! slmt beramal :)
Bismillahirrahmanirrahim.. .
HAK UNTUK GOLONGAN YANG BERHAK.
Nak pakai cantik-cantik, apa salahnya. Pakailah pakaian yang paling cantik di dunia pun, tetapi biarlah kecantikan anda dengan berpakaian sebegitu hanya untuk ditatap oleh suami anda.
Bab aurat. Seperti yang kita tahu, haram hukumnya memperlihatkan aurat kepada golongan yang bukan mahram, khusus untuk lelaki dan perempuan.
Selain bahagian aurat yang khusus untuk suami (seluruh tubuh badan), auratnya (batasan aurat yang terhad kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja) boleh dilihat oleh lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan:
1- Bapa kandung
2- Bapa mertua
3- Bapa susuan
4- Anak kandung
5- Anak tiri (yakni anak suami)
6- Anak susuan
7- Saudara lelaki kandung
8- Saudara lelaki susuan
9- Anak saudara lelaki
10- Bapa saudara
Seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur: 31]
Tapi, sekarang ini begitu mudah untuk kita melihat wanita-wanita yang sudah tiada lagi sifat malu, pakai cantik-cantik dan mendedahkan aurat mereka selain kepada golongan-golongan yang dihalalkan untuk melihatnya. Kenapa perlu menggadaikan maruah sendiri, padahal telah disebutkan dengan jelas akan golongan yang selayaknya melihat aurat kita di dalam surah tersebut? Jadi, sahabat-sahabat dari kaum hawa, tutuplah aurat, sekatlah pandangan orang yang bukan mahram dengan menutup aurat kita.
Ingatlah kepada bapa kita yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka untuk melaksanakan setiap ibadah yang wajib. Allah berfirman:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]
Nabi s.a.w adalah seorang suami kepada isterinya dan juga bapa kepada anak-anaknya. Perkara yang sama perlu dilakukan oleh bapa dan suami kepada golongan-golongan perempuan dalam keluarganya. Maka, apa akan jadi kepada mereka jika kita tidak menghalang pandangan ajnabi terhadap aurat kita padahal aurat itu adalah hak Allah dan Allah memberikan hak-hak itu kepada golongan yang selayaknya sahaja? Adakah kita sanggup melihat bapa, suami, atau kalau sudah tidak ada bapa, tanggungjawab jatuh kepada abangnya, atau kepada anak lelakinya yang patut menegur kalau ibunya tidak menutup aurat untuk ditarik bersama masuk ke dalam neraka KERANA ANDA?
Jadi, apa yang mahu dikatakan disini adalah, wahai wanita… wahai kaum hawa… wahai perempuan-perempuan di luar sana. Jagalah kehormatan diri anda sendiri. Tututplah aurat, jagalah pandangan, sayangilah orang yang berhak ke atas kita, bukan dengan membalas budi mereka semasa di dunia dengan menarik sekali mereka masuk ke dalam neraka Allah yang azabnya pedih kerana perbuatan anda sendiri. Nauzubillah….
Semoga tazkirah ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita. Wallahua'lam.

FIKIR2KANLAH, RENUNG2KANLAH, SELAMAT BERAMAL !
#peringatan utk diri sendiri juge, WALLAHUA'LAM
No comments:
Post a Comment