Tuesday, 5 June 2012

sahabadku yg terBAGUSH

heyyy dear blog , kah3

rite, nmpk title kt ats uh ? sperlah org yg  untung tuh kenn ? key, nme dye -------> ADRIANA SYAZLEEN RAMLI ! heyyo , ape yg bagosnyer dak nih ?? lu pk r sendiri !!



x jelas lah plak,, usha yg nih lak key !



nmpk x ?? mestilah nmpk enn sbb ade aku skali !! kwang3



budak nih rajen kaw tawu ? hahah, untunglah rajen ken ad ? btw, dye tak pernah sahut seruan aku utk KEBABOM :'( n lastly i kno , dye takut pergi tuuuuuuuuuuuut mlm2. i say man ! nothing can change her XD
klakalah ad! upss, i mean syazleen :)


nak tawu satu benda yg aku jolooooooooos gilak ngn dye ?  dye tinggi ?? salahhhhhhhhh, x kesah ponn. dye cun ?? salahhhhhhh gak . xpeduli ponnn. nk tawu jwpn dye ?


nilah jwpan dye !! her smile !! hehe, aku tak lesbo larhh ! aku just minat snyuman dye sbb nmpk ikhlas gilerrr bhai ! wow, x cye ?? x cye sudah asal aku bahagia.



btw, budak nih dok sblh aku kt kelas skang . haha, fokus gilerr weyh dlm klas ! haha
untunglah pandai kenn ? jgn jemu stay ngn aku mlm2 ! :D



btw, aku nk minta maaf giler kt ko . aku tawu aku byk wat sala ngn ko . klu aku wat salah uh ko jgn r pendam ek? aku tawu ko byk bersaba ~ tegor jer terus taww ! hehe



xyah merajok lagi ngn aku weyh ! segan r klu nk pujok ko ! hahaha



tu jer kodd, ayah aku dah perli aku dah tuh . oke, ILOVEYOUADRIANA !

ANDA BERGELAR MUSLIMAH ?

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.” - Ust. Pahrol Mohd. Juoi



erm,, x saba lahh ! gurau jer :p




awakk,, sabarlah ,,, jge dri awak tau . jgn tertipu dgn kte2 mnis buaye kt luar tuh , kite syg awk ! bercinte lps kahwin lebih indahh larh XD smesme kte berjihad, awww~


“Kalian yang berjuang di jalan Allah, apakah kalian mau menjadi tukang picit orang-orang Rom? Mau menjadi budak orang-orang kafir? Di mana harga diri kalian sebagai pejuang yang ingin mendapatkan surga Allah? Dimana kehormatan kalian sebagai Muslimah? Lebih baik kita mati daripada menjadi budak orang-orang Rom!"
“Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyak takbir serta kuatkan hati. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat.


~kata2 semangat dari Khaulah Al-Azwar, serikandi jihad pada zaman Rasulullah ~







Gadis yang keliru: Di antara fesyen dan tuntutan agama, gadis itu sering tertipu. Disamping gadis keliru, teman-teman yang sudah tewas dengan tuntutan hawa nafsu.. Kepelbagaian jenis tudung buat gadis semakin buntu.. Tudung Wardina? Hana tajima? Ala-ala Yuna... Semuanya ada.. Diakhirnya, yang betul-betul menggengam erat tuntutan agama hanya segelintar sahaja..


Gadis yang keliru akan terus keliru... Semoga diselamatkan gadis keliru dari hawa nafsu dan tuntutan dunia yang selalu menipu.. Ameen.





peringatan utk diri sendiri juge , :'(




sweeeeeeeeeet ken ? sapelah pmilikk tulang rusuk kte XD


wanita tuh HEBADD tau ! dont play2 :p






HOHO ;*














Daripada Jabir bin Abdullah, "Ketika saya bersama Rasulullah, tiba-tiba datang seorang lelaki berwajah bersih, berambut rapi dan berpakaian serba putih; dia mengucap salam seraya bertanya, 'Ya Rasulullah, apakah ertinya dunia ini?'
Nabi menjawab, 'Dunia ini sebagai mimpi orang yang tidur'.
Tanya lelaki tersebut, 'Apakah erti akhirat itu?'
Rasulullah menjawab, 'Sekelompok manusia ada yang di syurga dan sekelompok yang lain di neraka Sa'ir.' "





untuk kite2 aje XD

Sebenarnya banyak ibadat yang boleh di amalkan oleh wanita semasa sedang haid. Hanya ada beberapa perkara yang haram dilakukan semasa haid seperti bersuci, solat, puasa, tawaf dan membaca Al-Quran (memegangnya).


Lagipun, skop ibadah di dalam Islam ini luas. Setiap amalan yang baik seperti bersedekah dan sebagainya itu akan dianggap sebagai amalan yang soleh dengan syarat niat .



fikir2kanlah,,


Lukisan ini menceritakan tentang seorang lelaki yang sanggup mengenepikan nafsunya kerana takut kepada Allah.


"Nafsu.....Kadangkala kita bangga kalau pasangan kita cantik dengan rambut dan auratnya yang terdedah...
Kadangkala kita bangga bila sudah ada pasangan couple yang biasanya terancam menjurus ke arah yang haram seperti bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram, sehinggalah kepada zina...
Kadangkala kita suka kalau pasangan kita tidak kisah disentuh, diajak kemana-mana dengan yang bukan mahram, atau pergi ke tempat-tempat yang haram dan sebagainya seolah-olah hidup seperti tidak mempunyai agama..."

Hamba yang takut kepada Allah sanggup mengenepikan dan menentang kesemua hawa nafsunya kerana Allah. Ya, memang bukan mudah untuk mengekang nafsu di zaman mutakhirin ini. Oleh sebab itu, Allah akan memberikan naungan arasy pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan daripada Allah iaitu di padang mahsyar lagi kerana kegigihan hambaNya mengekang nafsunya semasa di dunia kerana Allah... Kalau pada masa itu sudah dapat naungan daripada Allah, apatah lagi syurga?

7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:

1-Pemerintah yang adil
2-Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
3-Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
4-Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
5-Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
6-Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
7-Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Wallahualam...

Marilah sama-sama kita bertaqwalah kepada Allah...




ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.

Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian.

Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur: 31]

Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;

Bapa kandung
Bapa mertua
Bapa susuan
Anak kandung
Anak tiri (yakni anak suami)
Anak susuan
Saudara lelaki kandung
Saudara lelaki susuan
Anak saudara lelaki
Bapa saudara
Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.

Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

Di mana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]

Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke Neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..

01.Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.

02.Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

03.Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di Akhirat nanti.

04.Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di Akhirat kelak.

Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke Neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke Neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.

Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, Syurga terbentang sedia, masih Neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.

Wallahu'alam.


wooow ! slmt beramal :)

Bismillahirrahmanirrahim...

HAK UNTUK GOLONGAN YANG BERHAK.

Nak pakai cantik-cantik, apa salahnya. Pakailah pakaian yang paling cantik di dunia pun, tetapi biarlah kecantikan anda dengan berpakaian sebegitu hanya untuk ditatap oleh suami anda.
Bab aurat. Seperti yang kita tahu, haram hukumnya memperlihatkan aurat kepada golongan yang bukan mahram, khusus untuk lelaki dan perempuan.

Selain bahagian aurat yang khusus untuk suami (seluruh tubuh badan), auratnya (batasan aurat yang terhad kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja) boleh dilihat oleh lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan:

1- Bapa kandung
2- Bapa mertua
3- Bapa susuan
4- Anak kandung
5- Anak tiri (yakni anak suami)
6- Anak susuan
7- Saudara lelaki kandung
8- Saudara lelaki susuan
9- Anak saudara lelaki
10- Bapa saudara

Seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur: 31]

Tapi, sekarang ini begitu mudah untuk kita melihat wanita-wanita yang sudah tiada lagi sifat malu, pakai cantik-cantik dan mendedahkan aurat mereka selain kepada golongan-golongan yang dihalalkan untuk melihatnya. Kenapa perlu menggadaikan maruah sendiri, padahal telah disebutkan dengan jelas akan golongan yang selayaknya melihat aurat kita di dalam surah tersebut? Jadi, sahabat-sahabat dari kaum hawa, tutuplah aurat, sekatlah pandangan orang yang bukan mahram dengan menutup aurat kita.

Ingatlah kepada bapa kita yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka untuk melaksanakan setiap ibadah yang wajib. Allah berfirman:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]

Nabi s.a.w adalah seorang suami kepada isterinya dan juga bapa kepada anak-anaknya. Perkara yang sama perlu dilakukan oleh bapa dan suami kepada golongan-golongan perempuan dalam keluarganya. Maka, apa akan jadi kepada mereka jika kita tidak menghalang pandangan ajnabi terhadap aurat kita padahal aurat itu adalah hak Allah dan Allah memberikan hak-hak itu kepada golongan yang selayaknya sahaja? Adakah kita sanggup melihat bapa, suami, atau kalau sudah tidak ada bapa, tanggungjawab jatuh kepada abangnya, atau kepada anak lelakinya yang patut menegur kalau ibunya tidak menutup aurat untuk ditarik bersama masuk ke dalam neraka KERANA ANDA?

Jadi, apa yang mahu dikatakan disini adalah, wahai wanita… wahai kaum hawa… wahai perempuan-perempuan di luar sana. Jagalah kehormatan diri anda sendiri. Tututplah aurat, jagalah pandangan, sayangilah orang yang berhak ke atas kita, bukan dengan membalas budi mereka semasa di dunia dengan menarik sekali mereka masuk ke dalam neraka Allah yang azabnya pedih kerana perbuatan anda sendiri. Nauzubillah….

Semoga tazkirah ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita. Wallahua'lam.


FIKIR2KANLAH, RENUNG2KANLAH, SELAMAT BERAMAL !
#peringatan utk diri sendiri juge, WALLAHUA'LAM







DP coklat ??

hah! baru2 nih org kecoh psl Default Picture kt Fb yg warne coklat tuh ken ? sedar x ??



Assalamualaikum...


Bukan kita yg mogok lapar...
Bukan kita yg ditutupkan mata...
Bukan kita yg menjadi banduan...
Bukan kita yg menerima pelbagai seksaan dan kekejaman zionis...
Dan sebagainya....
Jadi, kenapa kita boleh terpengaruh dengan satu dakwaan bahawa kalau kita guna DP berwarna coklat dan tutup mata itu bermakna kita menutup mata terhadap kekejaman Zionis?
Adakah bermakna, kalau kita guna DP berwarna coklat itu bermakna kita adalah banduan, sedangkan kita sedang bersenang lenang melayari Facebook dan melakukan kerja2 rutin yg sudah tentu perbuatan itu menunjukkn kita bukanlah seorang banduan?
Bahkan mereka yakni banduan yg terdiri drpd rakyat Palestin, merekalah yang diseksa sambil ditutup mata mereka, dipakaikan baju khas yang ditandakan pada baju itu tulisan Hebrew yang bermaksud Perkhidmatan Penjara Israel...
Mereka memerlukan perhatian seluruh dunia dengan tindakan mereka melakukan mogok lapar, dan itupun kita tahu selepas Hari Nakbah 15 Mei yang lalu. Itupun baru kita tahu, hari itu adalah ulang tahun ke 64 hari Nakbah?
Berapa ramai yang baru mengetahui rupanya ramai banduan yang sudah mogok lapar selama lebih 2 bulan sebelum mulanya kempen sokongan terhadap menentang penindasan Zionis terhadap saudara seIslam kita di Palestin? Itupun sekadar menukar gambar DP...
Kalau diiukutkan, apa nak kecoh. Hanya tukar DP!
Tapi berapa ramai yang ambil cakna tentang rakyat Palestin.
Berapa ramai yg melupakan mereka, sedang mereka sedang bertarung nyawa dan terancam nyawa mereka bila2 masa di tanah sendiri?
Ok, 15 mei dah berlaku untuk sesi 2012.
Selepas itu muncul pula dakwaan seperti yang telah dicatatkan di dalam poster di atas. Itu adalah dakwaan negatif yang boleh menyekat kempen tersebut.
Padahal mereka tidak tahu apa perkara sebenar, apa objektif kita, dan sebenarnya mereka tidak sedar, apa lagi yang boleh kita buat melainkan berdoa dan berserah kepada Allah, dengan hanya mengeluarkan 'suara' satu dunia hy dengan memberi sokongan iaitu sekadar menukar DP!
Ya, tak wajib tukar pun.
Kerana doa lebih penting, tetapi kita selalu lupa, doa perlulah disertakan dengan usaha.
Ingatlah, kita berdoa, dan melakukan sesuatu untuk dijadikan sebab, tetapi kita bukan bergantung kepada sebab melainkan bergantung kepada Allah s.w.t semata2, dan sepanjang perjalanan menjalankan asbab itulah kita berdoa semoga usaha yang sedang kita lakukan akan berjaya...
Usaha kita kecil, tetapi berapa banyak usaha kecil yang membawa kepada kejayaan yang besar dengan izin Allah?
Salahkah berusaha sedikit, dan jangan mencemuh usaha yang kecil?
Sedang sesuatu kempen diseru kepda umat Islam untuk menyokong dan membantu untuk menentang dan mendesak puak2 yang zalim, mengapa terdapat pula umat islam yang lain mencemuh dan memperlekeh usaha yang kecil bagi setiap orang?
Renung2kan...
Kalau taknak sokong, takpe..tak wajib pun...
Tapi jangan keluarkan statement2 yang menghalang kempen ini berlangsung dengan jayanya. Kita tahu, mereka yang menyekat sebarang sokongan daripada umat Islam itu sama seperti zionis yang sentiasa menyekat sokongan satu dunia untuk menentang zionis sendiri. Mereka bimbang dan gentar apabila kita semua bersatu. Oleh itu, muncullah statement2 yang mengatakan perkara yang negatif tentang kempen ini.
Sedihnya, sudah berapa ramai yang share stement tersebut, dan terus menukar gambar dp padahal palestin memerlukan sokongan ramai untuk mendesak zionis... Jangan kita jadi agen mereka untuk menyekat sebarang sokongan daripada umat islam.
Janganlah apabila datangnya sesuatu daripada Islam, kita jadikan ia double standard. Ok?
Wallahualam...

Bukan marah, nasihat jer... Hehe..
[Note: Tukar DP tak wajib pun. Tapi jangan marah kalau ade orang tukar DP. Itu hak mereka. Masing-masing berhak memberi
sokongan yang perlu meskipun ia sekecil-kecil perjuangan. Dan yang penting, jangan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan negatif mengenai kempen ini. Kita semua dah besar kan? Hehehe.. >_< 



nk tawu lebih lanjut ? klik ----> http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.soutulmujahid.com%2F2012%2F05%2Fdp-mogok-lapar-palestin-muncul-satu.html&h=6AQE77tmf

KOMIK LAHH XD

Assalamualaikum wbt.

“Dan pada sebahagian malam hari, solat Tahajjudlah
kamu sebagai ibadah tambahan bagimu, moga-moga
Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji,”
- Al - Isra’ , 17 : 79


sye pon agk ssh nk berjage mlm utk qiam , tp insyaAllah akn try . just nk share sbb qiam ni phlenyer bsr tau :)

btw, batas2 kte kne jge taw ! 


CINTA....
Ramai orang cinta kepada makhluk melebihi daripada cinta kepada Allah.. Buktinya? Mereka sanggup buat apa saja demi kekasih sendiri, tapi xmahu meninggalkan maksiat kerana Allah pun... Tepuk dada, tanya iman... ^^


Kredit dikongsikan oleh Nazim Chalil Ahmad ^_^

Hadis Abu Hurairah r.a: 
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 582


pelukis ini dahulu terinspirasi dengan perjuangan tanpa henti rakyat palestin melawan kekejaman zionist yang dilaknat.

tapi kini, doa kita tak terbatas untuk muslim di palestin sahaja.. muslim di Iraq, Libya, Afghan, dan terutamanya Syria perlukan doa kita. 


kalau yang bertanduk itu menang, maksudnya anda telah kalah!!

orang muda yang tertipu: orang muda yang menyangka matinya tua.


bertaubat sebelum terlambat. jangan dah terlambat baru nak bertaubat. :D

Tudung Express: Antara yang mudah dan yang memudahkan.

”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 








gadis yang tidak mahu menutup aurat dengan sempurna itu bukan sahaja akan memudaratkan diri sendiri, tetapi juga orang lain.. =P


*lukisan adalah sekadar analogi




walau segigih mana para saintis dan ilmuan hebat didunia cuba untuk membuktikan kewujudan-Nya, mereka tetap takkan mampu melakukannya.

kewujudan Tuhan itu bukan untuk dibuktikan dengan pancaindera hina manusia atau dikaji saintifik akal terbatas manusia. tapi kehadiran-Nya untuk kita rasa, beriman dan letak rasa percaya.


kata seorang guru saya, kalau Tuhan itu boleh dikaji akal manusia, maka akan hilanglah keagungan-Nya. ^__^
 

 

Kalaulah betul wujud 'suitcase' ni, kan bagus.. Boleh saya mohon pinjam dari En. Tony Stark. Dengan itu, bolehlah saya berjalan-jalan di pasar malam dengan bergaya sambil beli buah-buahan dan makanan untuk keluarga.. Tak perlu risau lagi kalau-kalau tersentuh dan berlaga dengan gadis bertudung tapi baju tak berlengan di pasar malam.. T____T


Tambahan lagi, suit ni ada 'detector' dan peluru-peluru kecil yang automatik.. Kalau detect gadis tak menutup aurat je peluru ini akan automatik tembak orang itu.. Haha.. :D


Sekadar bergurau senda dipetang hari.. =P Semoga ada manfaat juga.. ^______ ^


  Jangan takut untuk kembali... Kembalilah, sebelum kamu dikembalikan. 

  Amar Ma’ruf Nahi Mungkar adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Lantaran itulah jemaah Islam ditubuhkan supaya dapat membimbing hati manusia. 

Dalil kewajipan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”

Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun.:

“Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka.”

Nabi Yusya bertanya: “Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?” 

Jawab Allah s.w.t.: “Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu.”

Abu Hurairah r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

Anas r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.” 

KAEDAH AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:-

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

hehe, pnjg la plak . rajen2 la bace ek . amboi ! novel bratus page nk pulokk bace . nahhh! bace yg ni plak !



Antara dosa-dosa besar yang sering dilakukan oleh manusia yang lalai....
1- mempersekutukan Alla.
2- derhaka kepada ibu bapa.
3- sumpah palsu





LOVE & BLESS


FINAL DESTINATION :)


Kita benci yahudi zionis. kita kutuk perbuatan mereka. Kita boikot barang-barang mereka. Tapi, sejauh mana perbuatan kita ini menguatkan iman kita, dan melemahkan usaha mereka menjatuhkan agama kita? 


"Ramai orang cantik nampak hodoh kerana hatinya". 

ALHAMDULILLAH, smoga ambil ibrah . selamat beramal gak ! :)